fbpx

Pengangkutan Awam Menjana Pembangunan Negara

Oleh : Kapital
10 Mei 2019 - 3:52 pm

Reading Time: 3 minutes

 

Kewujudan sistem pengangkutan awam yang baik merupakan nadi kepada pembangunan sesebuah negara. Bapa pengangkutan China moden, Ye Gongchuo sering melaungkan slogan “Menyelamatkan China melalui pengangkutan”. Tokoh ini menyatakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan sesebuah negara daripada kemunduran adalah dengan meningkatkan tahap kemudahan pengangkutan di negara tersebut.

 

Apabila berbicara mengenai sistem pengangkutan awam yang efisien, ia bukanlah hanya berkenaan kecanggihan atau gahnya sesuatu binaan itu tetapi apa yang lebih penting sebenarnya ialah sistem jaringan perhubungan perlu lebih menyeluruh untuk memudahkan pergerakan rakyat ke mana-mana sahaja. Jika tidak, kemudahan pengangkutan awam itu tidak lebih daripada binaan konkrit dan koc keretapi semata-mata yang hanya menelan perbelanjaan yang tinggi.

 

Tidak keterlaluan jika dikatakan kemajuan atau kemunduran sesebuah negara itu adalah bergantung kepada tahap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan. Enrique Penalosa, bekas Datuk Bandar Bogotá, Colombia pernah berkata “Negara maju bukanlah negara di mana orang miskin mempunyai kereta. Negara maju adalah negara di mana orang kaya menaiki kenderaan awam.”

 

Lihat sahaja negara-negara maju di seluruh dunia seperti Jepun, United Kingdom dan Australia. Negara-negara ini berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sistematik kerana pemerintahnya sedar ia adalah penting bagi pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi, pelaburan dari luar negara, peluang pekerjaan untuk rakyat tidak akan meningkat sekiranya tahap pengangkutan awam masih di takuk yang lama.

 

Daripada sudut ekonomi, pengangkutan awam yang baik akan dapat meningkatkan produktiviti sesebuah negara. Sebagai contoh, sekiranya jadual pergerakan pengangkutan awam ditepati, pekerja akan sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya. Ini seterusnya akan meningkatkan lagi tahap efisien dan daya pengeluaran yang dihasilkan syarikat tersebut dan sekaligus menyumbang kepada hasil pendapatan negara yang lebih tinggi. Hasil ini kemudiannya akan disalurkan kembali kepada rakyat dalam bentuk kemudahan lain seperti sistem pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.

 

Bukan itu sahaja, sistem pengangkutan awam yang berkualiti tinggi akan memperkasakan lagi industri pelancongan negara. Tidak perlu pergi jauh untuk melihat contoh terbaik. Jika anda pernah melawat negara jiran, Singapura sudah pasti anda akan kagum dengan tahap kemajuan pengangkutan awam yang ditawarkan. Anda boleh pergi ke mana-mana tempat sahaja dengan kemudahan pengangkutan awam yang disediakan. Ini ditambah pula dengan tahap kecanggihan serta keselesaan yang jauh lebih baik. Dengan kemudahan ini, pelancong sudah pastinya akan lebih tertarik untuk melawat negara tersebut kerana lebih mudah untuk bergerak ke mana-mana destinasi serta kemudahan prasarana yang lebih canggih dan mesra pengguna. Namun begitu, kerajaan Malaysia hari ini juga tidaklah berdiam diri sahaja. Banyak usaha yang telah dilaksanakan seperti penerusan pembinaan LRT, MRT dan ECRL. Langkah ini sewajarnya mendapat pujian yang tinggi!

 

Dalam masa yang sama, apabila sesebuah kawasan itu menerima pembangunan pengangkutan awam yang baru, ekonomi setempat juga akan lebih meningkat. Kawasan atau bandar tersebut akan menerima lebih banyak kehadiran penduduk kerana ramai orang mahu tinggal berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam. Apabila situasi ini terjadi, lebih banyak aktiviti perniagaan akan bertumbuh di bandar itu dan seterusnya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan baru. Kerajaan pula kemudiannya akan bertindak untuk menyediakan lebih banyak kemudahan rekreasi, pendidikan, kesihatan dan bermacam-macam lagi kemudahan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

 

Sesebuah bandar itu boleh dianggap sebagai baik sekiranya ia bersifat inklusif secara ekonomi dan juga sosial. Banyak peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan serta mampu memberikan peluang kepada penduduknya untuk memperbaiki taraf hidup. Melihat kepada situasi hari ini, terdapat banyak bandar di Malaysia yang menawarkan kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik. Sebagai contoh adalah bandar Kajang.

 

Daripada sebuah pekan kecil yang dibangunkan perlombongan biji timah kini ia telah menjadi sebuah bandar matang dengan potensi pelaburan hartanah yang tinggi. Antara pengangkutan awam yang disediakan adalah MRT serta Komuter KTM. Tidak lama lagi pula, bandar ini akan menerima kehadiran stesen ECRL dan akan memudahkan lagi pergerakan untuk ke negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Beruntunglah penduduk Kajang!

 

Kini, terdapat projek perumahan PR1MA yang sedang hangat diperkatakan orang ramai. Ianya bakal dibina di Taman Kajang Utama. Kemudahan serta fasiliti yang tersedia di sekitar Taman Kajang Utama adalah cukup lengkap bagi memenuhi keperluan setiap penduduknya. Kemudahan pengangkutan awam seperti MRT dan KTM Kajang juga hanya terletak dengan jarak 5 kilometer sahaja. Terdapat 4 jenis unit rumah yang ditawarkan dengan keluasan binaan bermula daripada 900 kaki persegi sehingga 1,124 kaki persegi. Setiap unit ini dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 tandas. Apa yang lebih menarik, PR1MA Kajang Utama ini adalah berstatus pegangan bebas serta mempunyai ‘density’ unit yang amat rendah. Dengan pelbagai kemudahan fasiliti moden, rumah PR1MA Kajang Utama ini ditawarkan dengan harga serendah RM260,000 sahaja!

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik PR1MA Taman Kajang Utama

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…