fbpx

Penurunan Ringgit Sejajar Kejatuhan Mata Wang Serantau – BNM

Oleh : Kapital
16 Mei 2019 - 3:43 pm

Reading Time: 1 minute

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebanyak 2.2 peratus pada April hingga 15 Mei lalu adalah sejajar dengan penurunan mata wang serantau.

 

“Tekanan penyusutan nilai baru-baru ini mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati dalam pasaran kewangan global berikutan prospek pertumbuhan global yang bertambah lemah serta ketidaktentuan mengenai perkembangan geopolitik dan perdagangan global,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

 

Ringgit berbanding dolar AS yang mencatat paras terendah sejak Disember lalu iaitu sekitar RM4.17 sedolar semalam kembali mengukuh ke sekitar RM4.15 sedolar tengah hari tadi.

 

Dalam pada itu, BNM berkata purata inflasi keseluruhan dijangkakan pada -0.3 peratus pada 1Q19 daripada 0.3 peratus pada 4Q18.

 

Inflasi keseluruhan negatif pada Januari dan Februari (masing-masing pada -0.7 peratus dan -0.4 peratus) disebabkan harga bahan api domestik yang rendah, namun kembali positif pada Mac (0.2 peratus) susulan trend harga minyak (mentah) dunia yang meningkat, dan menjurus kepada harga bahan api domestik yang lebih tinggi.

 

Purata inflasi keseluruhan dijangkakan berada antara 0.7 dan 1.7 peratus tahun ini.

 

Inflasi teras, tidak termasuk impak perubahan dasar cukai penggunaan, tidak berubah iaitu pada kadar 1.6 peratus.

 

“Inflasi teras dijangkakan stabil, disokong oleh kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan ketiadaan tekanan permintaan yang besar,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…