fbpx

Setahun Pentadbiran PH: Penganalisis Ekonomi Beri Maklum Balas Positif

Oleh : Syafiq Hanafi
16 Mei 2019 - 5:13 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Kerajaan mengekalkan tahap positif dalam pasaran buruh
  • Pelaburan langsung asing (FDI) negara terus kukuh

Tempoh setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah genap pada 9 Mei lalu. Namun begitu, ekonomi negara melihatkan pergerakan perlahan dengan indeks di Bursa Malaysia tidak begitu positif, ditambah pula dengan kedudukan ringgit yang terus lemah sejak April 2018.

 

Walaupun terdapat sentimen negatif kepada ekonomi negara, namun ramai penganalisis dan pakar ekonomi beranggapan PH telah melakukan yang terbaik dalam memacu ekonomi negara untuk tempoh 12 bulan ini.

 

Menurut Ketua Ekonomi Alliance Bank, Manokaran Mottain, langkah kerajaan memperkenalkan Majlis Tindakan Ekonomi merupakan usaha terbaik untuk memberikan respons segera terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat umum.

 

“Ini melihatkan kerajaan PH sudah kembali berada di landasan tepat bagi memantau isu-isu ekonomi semasa dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya,” kata beliau.

 

Ketika mengulas mengenai soal penggangguran, Ketua Ekonomi Affin Hwang Capital Research, Alan Tan memuji langkah kerajaan mengekalkan tahap positif dalam pasaran buruh, walaupun persekitaran ekonomi berdepan dengan cabaran hebat.

 

“Pasaran buruh menjadi penentu kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara. Walaupun negara melihatkan pertumbuhan sederhana, namun kerajaan masih dapat mengekalkan kadar pengangguran pada tahap yang wajar, melalui dasar-dasar yang menyokong industri dan perniagaan,” katanya.

 

Kadar pengangguran negara dilihat menunjukkan perubahan positif apabila berada di kedudukan 3.3% pada tahun 2018 berbanding 3.4% pada 2017.

 

Walaupun pasaran buruh dikatakan agak memberangsangkan, namun kadar gaji untuk pekerjaan eksekutif dan bukan eksekutif masih tumbuh pada kadar perlahan.

 

Menurut Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Tan Sri Azman Shah Haron kadar kenaikan gaji bagi peringkat eksekutif untuk tahun 2019 ialah pada tahap 4.86% berbanding 4.88% pada tahun 2018. Manakala untuk bukan eksekutif ialah 4.89% pada tahun 2019 dan 4.88% untuk 2018.

 

Sementerian itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Ali Salman berpandangan usaha kerajaan PH memperuntukkan RM18 bilion untuk pembangunan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dibawah Belanjawan 2019 merupakan satu usaha positif.

 

“Usaha ini (peruntukan PKS) akan membantu meningkatkan produktiviti banyak perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang mewakili kira-kira 65 peratus tenaga kerja di negara ini,” kata beliau.

 

Malah Ali turut beranggapan bahawa langkah kerajaan memansuhkan monopoli Padiberas Nasional Berhad akan membantu meningkatkan kebajikan dari sudut ekonomi.

 

Ali turut menyifatkan pelaburan langsung asing (FDI) negara terus kukuh walaupun ekonomi bergerak perlahan. Pada tahun 2018, FDI Malaysia mencapai RM80.5 bilion, peningkatan sehingga 48%.

 

Berkaitan dengan isu kos sara hidup pula, Pengarah Eksekutif Socio-Economic Research Centre, Lee Heng Guie menyatakan kerajaan telah mengambil tindakan drastik untuk meredakan masalah ini.

 

Ini termasuk mengurangkan kadar harga perkhidmatan jalur lebar sehingga 25% pada penghujung tahun 2018 dan memperkenalkan pas bernilai RM100 untuk pengangkutang awam Rapid KL.

 

Namun begitu, walaupun pelbagai usaha diambil, peningkatan kos sara hidup masih menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia.

 

Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Yeah Kim Leng menyifatkan kos sara hidup rakyat Malaysia tidak banyak berubah walaupun GST dihapuskan. Harga makanan kekal tinggi dan ia diburukkan lagi dengan kelemahan nilai ringgit.

 

Ketua Ekonomi AmBank Research, Anthony Dass pula menyifatkan kerajaan PH memerlukan tempoh sehingga dua tahun untuk menguruskan isu berkaitan perniagaan dan kos sara hidup dengan lebih baik.

 

Ahli Ekonomi terkenal, Tan Sri Ramon Navaratnam pula menggesa kerajaan mengadaptasi dasar tindakan bersifat afirmatif dan membenarkan semua kaum bersaing atas landasan meritokrasi.

 

Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berpandangan kerajaan perlu lebih jelas dalam menentukan hala tuju sebarang dasar, khasnya yang berkaitan dengan ekonomi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…