fbpx

Suruhanjaya Tenaga Diarah Siasat Bil Elektrik Tinggi

Oleh : Kapital
28 Mei 2019 - 5:45 pm

Reading Time: 1 minute

Artikel ini pertama kali disiarkan di Berita Harian

 

PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengarahkan Suruhanjaya Tenaga menyiasat aduan pengguna mengenai bil elektrik yang tinggi yang dikenakan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

 

Menterinya Yeo Bee Yin berkata, pihaknya menerima lebih 300 aduan dari seluruh negara berhubung isu bil elektrik tinggi itu dan Suruhanjaya Tenaga akan mengambil tempoh 14 hari untuk menyiasat sama ada aduan itu kesilapan TNB.

 

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap TNB jika syarikat utiliti itu didapati tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990, iaitu ia perlu memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan pengguna.

 

Yeo dalam sidang media di sini hari ini berkata, TNB sudah berjumpa dengan Suruhanjaya Tenaga hari ini dan mengemukakan antara tiga alasan berhubung isu bil elektrik naik mendadak.

 

Namun, katanya, Suruhanjaya Tenaga tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, dan oleh itu siasatan seterusnya akan dijalankan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…