fbpx

Teknologi Membantu Vietnam Keluar Dari Perangkap Kelas Pertengahan

Oleh : Kauthar Rozmal
15 Mei 2019 - 4:52 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Di Asia Tenggara, terdapat lebih kurang 10-12 “unicorn”
  • Syarikat teknologi  mewakili 15% daripada KDNK dunia

Salah satu cara bagi Vietnam untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi adalah dengan menyokong syarikat-syarikat teknologi tempatan. Untuk keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana, ekonomi Vietnam perlu berkembang pada kadar 6.5%-7% atau pendapatan individu meningkat pada kadar 5.5%-6%.

 

Kebiasaannya ia mengambil masa 30-50 tahun bagi sesebuah negara menaik taraf daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi tanpa menggunakan teknologi moden.

 

“Penggunaan teknologi dan sokongan kepada syarikat teknologi membolehkan ekonomi melonjak dan mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi dalam tempoh yang lebih singkat” Nguyen Xuan Thanh daripada Fulbright University Vietnam.

 

10 tahun kebelakang, nilai syarikat teknologi telah meningkat dengan mendadak dan kini ianya mewakili 15% daripada KDNK dunia. Purata pertumbuhan syarikat teknologi adalah 2.5 kali ganda berbanding purata pertumbuhan dunia.

 

Di Asia Tenggara, terdapat lebih kurang 10-12 “unicorn”. “Unicorn” adalah syarikat start-up yang bernilai lebih USD1 bilion seperti Go Jek. Walaubagaimana pun, bilangan unicorn ini masih lagi rendah dan kebanyakannya kurang mendapat perhatian dunia.

 

Salah satu cara menyokong industri teknologi boleh bermula seawal zaman persekolahan lagi. Masih tiada lagi pembelajaran secara formal yang mengajar murid secara khusus berkaitan ilmu teknologi seperti cara menulis coding.

 

Kebanyakannya mempelajari ilmu ini daripada kursus diluar sekolah atau melalui internet. Sebagai permulaan sekolah-sekolah boleh berkerjasama dengan syarikat teknologi untuk membuat program bagi menambah baik kualiti pendidikan teknologi.

 

Selain itu, menurut Thanh, kerajaan boleh membantu syarikat start-up dari segi pendanaan supaya idea mereka mampu menjadi satu realiti.

 

“Ekonomi Vietnam hanya boleh menjadi ibarat naga apabila syarikat tempatan setanding dan cukup untuk bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa” – Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc

 

Syarikat-syarikat perlu mempelajari bagaimana mengadaptasi teknologi dalam perniagaan mereka dan menggunakan teknologi bagi menyediakan servis yang terbaik kepada pasaran, tambah beliau.

 

“Rakyat Vietnam kebanyakannya pintar dan kuat bekerja. Pasaran yang mencecah hampir 100 juta orang akan menjadi sebuah ekonomi pintar jika teknologi digunakan di setiap sudut kehidupan” katanya.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…