fbpx

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Oleh : Kapital
13 Jun 2019 - 3:27 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019
  • BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash antara syarikat berpotensi mendapat lesen bank maya

“Lebih kurang 10% daripada hasil diraih bank ketika ini akan pergi kepada bank maya (virtual bank).” – Citigroup

 

Teknologi dan internet telah banyak merubah lanskap perbankan kebelakangan ini. Satu ketika dahulu, apa sahaja urusan perbankan perlu diselesaikan di cawangan, tetapi kini hampir kesemua perkhidmatan boleh dilakukan melalui internet sahaja. Dalam tempoh setahun, berapa kali sahaja kita pergi ke bank?

 

Banyak perubahan dan adaptasi teknologi telah dilihat dalam sektor perbankan. Daripada cawangan tradisional kepada mesin ATM kepada perbankan internet dan terkini, bank maya. Bank maya adalah bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan melalui internet sahaja serta tidak memerlukan pekerja yang ramai seperti mana bank tradisional.

 

Sumber: Fintechnews

 

Walaubagaimanapun, konsep bank maya ini masih lagi baharu di Malaysia, malahan masih belum wujud satu pun bank maya di Malaysia. Tetapi baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya menjelang hujung tahun ini.

 

“Kami mengadakan taklimat pagi ini bersama pihak berkaitan dan Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan  bank maya. Kami berharap dapat mengeluarkannya pada akhir tahun ini.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan beberapa bank yang telah menubuhkan bank-bank maya di luar negeri tetapi ini masih lagi di peringkat awal” – Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus

 

Antara bank yang telah melancarkan bank maya adalah CIMB. Januari lalu, CIMB telah membuka bank maya pertamanya di Vietnam dan Filipina.

 

“Ini melengkapkan perkembangan operasi CIMB di ASEAN dan kami tidak sabar untuk membawa perkhidmatan yang ternyata berbeza dan digital ke pasaran. ”

“Internet dan penembusan telefon pintar di Filipina kekal sebagai salah satu yang tertinggi di dunia, satu tanda yang jelas mengenai masyarakat progresif dan moden yang kami harapkan.” – Effendy Shahul Hamid, CEO of Group Ventures

 

Segala perkhidmatan perbankan di bank maya boleh dilakukan melalui aplikasi OCTO dan boleh diakses 24 jam. Jadi pelanggan tiada masalah untuk mencari masa lapang bagi mendapatkan perkhidmatan bank. Bagi perkhidmatan yang masih memerlukan sentuhan fizikal seperti pengeluaran wang, CIMB Filipina akan berkerjasama dengan 7-Eleven dan DragonPay.

 

Image result for seven bank japan
Sumber: Tokyo Cheapo

 

Walaupun bank maya ini dilihat sebagai sebuah idea baharu, tetapi Jepun telah lama memperkenalkan perkhidmatan bank tanpa cawangan seawal tahun 2000 di mana Seven Bank telah menyediakan perkhidmatan kewangan melalui mesin-mesin ATM di 7-eleven. Korea Utara pula telah memberikan 2 lesen bank maya pada tahun 2015.

 

Kebiasaannya bank maya ini mensasarkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan sektor peruncitan sebagai pelanggan mereka. Kemunculan fintech kebelakangan ini telah mewujudkan permintaan terhadap perkhidmatan atas talian, lebih-lebih lagi dengan majoriti masyarakat yang celik teknologi.

 

Baru-baru ini Hong Kong telah memberikan lesen bank maya kepada Livi VB, milikan bersama Bank of China (Hong Kong), JD Digits dan Jardines, SC Digital Solutions, kerjasama antara Standard Chartered, HKT, PCCW dan Ctrip, dan Zhong An Virtual Finance, kerjasama antara ZhongAn Online dan Sinolink.

 

Menurut penganalisa pasaran di Hong Kong, syarikat gergasi seperti Alibaba dan Tencent yang cukup terkenal dengan fintech mereka iaitu Alipay dan WeChat dijangka akan menyusul menjadi bank maya jika diberikan lesen daripada Hong Kong Monetary Authority.

 

Di Malaysia pula, kita dapat lihat semakin banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan fintech seperti e-wallet. Setakat ini e- wallet mewakili 20% daripada kesemua transaksi pembayaran di Malaysia. Siapakah syarikat Malaysia yang berpotensi untuk mendapatkan lesen bank maya?

 

Antara syarikat yang berpotensi mendapatkan lesen bank maya adalah Grab. Grab sebelum ini mengumumkan untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman mikro melalui satu kerjasama baharu dengan syarikat kewangan pengguna dari Jepun, Credit Saison. Jadi tidak pelik jika Grab mendapat lesen bank maya itu nanti.

 

Image result for e wallet malaysia
Sumber: Fintechnews

 

Selain itu, BigPay dengan kata slogannya “Better than a bank, never at a bank” telah menunjukkan bahawa mereka serius untuk merubah cara perbankan tradisional. Tambahan lagi BigPay adalah perkhidmatan di bawah Air Asia yang berpengalaman dalam perniagaan korporat mengukuhkan lagi kedudukannya untuk memperoleh lesen bank maya.

 

Syarikat-syarikat e-wallet lain seperti Boost, Touch n GO dan V-Cash juga dilihat berpotensi untuk mendapatkan lesen ini.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…