fbpx

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Oleh : Kapital
17 Jun 2019 - 11:51 am

Reading Time: 3 minutes
  • 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed)
  • 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan persaraan

Dalam kos sara hidup yang semakin tinggi serta kelajuan perkembangan teknologi, inisiatif pekerjaan secara sambilan (part-time) bukanlah satu perkara yang asing kepada rakyat Malaysia.

 

Situasi sebegini sebenarnya bukan hanya berlaku di Malaysia. Ia turut melanda pelbagai lagi negara di seluruh dunia. Dengan perubahan pantas dalam dunia teknologi serta permintaan pasaran, ramai orang kemudiannya telah menjadikan pekerjaan secara sambilan ini sebagai pekerjaan tetap melalui kaedah pekerjaan bebas atau dikenali sebagai ‘freelance’. Fenomena ini juga lebih dikenali sebagai ekonomi gig di mana pasaran perkerjaan adalah berdasarkan kontrak jangka masa pendek dan pekerjaan bebas.

 

Ekonomi gig mula mendapat perhatian kerana evolusi era teknologi hari ini. Tambahan lagi kemunculan syarikat start-up yang berasaskan ekonomi bersama (sharing economy) seperti Grab dan Maideasy telah membuka peluang kepada orang ramai untuk memperoleh pendapatan sampingan.

 

Jadi, apa yang menyebabkan anak muda hari ini lebih gemar dengan konsep ekonomi gig? Golongan muda terutamanya sangat tertarik dengan ekonomi gig kerana mereka tidak terikat dengan peraturan yang ketat, mempunyai kebebasan menyusun masa mereka sendiri serta berpeluang menjana pendapatan melebihi gaji mereka sekiranya mereka bekerja.

 

Image result for co working space

 

Antara perbezaa ketara antara ekonomi gig dan pekerjaan tradisional adalah waktu kerja yang lebih fleksibel, pendapatan yang tidak tetap dan tiada had, tiada manfaat daripada majikan seperti insuran kesihatan dan tempat bekerja adalah bebas.

 

Menurut Bank Dunia, lebih kurang 26% populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) dan bilangan ini terus meningkat kerana semakin ramai pekerja hari ini gemar memilih perkerjaan yang lebih fleksibel.

 

Semenjak 2010, pekerja sendiri merangkumi 12% daripada pekerjaan bandar dan angka tersebut meingkat kepada 16% pada tahun 2016, bersamaan 1.7 juta orang dan peningkatan 760,000 orang semenjak 2010.

 

Di samping itu, ekonomi gig turut memberi kelebihan kepada majikan di mana mereka dapat menjimatkan wang daripada membayar manfaat pekerja. Jika sesebuah syarikat memerlukan satu tugas yang perlu diselesaikan, mereka mempunyai pilihan untuk mengambil pekerja bebas berbanding mengambil pekerja tetap. Majikan tidak lagi perlu ‘pening kepala’ untuk mengupah pekerja tetap yang mana mereka perlu diberikan manfaat perkhidmatan kesihatan, caruman wang simpanan dan lain-lain manfaat lagi.

 

Namun bukanlah semuanya indah sahaja mengenai ekonomi gig ini. Sebahagian besar daripada ekonomi gig terdiri daripada pekerja tidak berkemahiran seperti penghantar makanan dan pemandu Grab yang mana ia tidak memberi nilai tambah kepada pekerja. Ini seterusnya akan memberi kesan secara langsung kepada perjalanan kerjaya seseorang itu kerana tiada sebarang nilai tambah yang berjaya diraih walaupun sudah bekerja untuk tempoh yang lama.

 

Perkerjaan tidak mahir ini juga sebenarnya berisiko untuk digantikan dengan automasi. Sebagai contoh, Uber sedang giat melakukan kajian untuk mewujudkan kereta pandu sendiri mereka. Malah Tesla baru-baru ini telah melancarkan kereta pandu sendiri mereka. Apakah nasib pemandu Grab jika Grab turut bertindak untuk menggunakan kereta pandu sendiri?

 

Selain itu, mereka juga tidak mempunyai sebarang perancangan persaraan seperti mana pekerja yang mencarum KWSP. Dijangkakan hanya 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan persaraan. Tambahan lagi sebahagian besar mereka tidak memiliki sebarang insuran untuk menampung sebarang kecelakaan.

 

Ekonomi gig dijangka akan terus berkembang dan mendapat tempat dalam dunia pekerjaan di Malaysia. Melihat kepada perkembangan ini, kerajaan seharusnya perlu megambil langkah untuk melaksanakan polisi yang bergerak seiring dengan perubahan lanskap pekerjaan hari ini. Ekonomi gig adalah satu pasaran pekerjaan yang baik namun jika tiada sebarang usaha proaktif yang diambil ia juga mungkin akan menyebabkan banyak tenaga kerja bakal kehilangan pekerjaan di masa hadapan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…