fbpx

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Oleh : Kapital
18 Jun 2019 - 4:01 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan adil
  • Fiat Chrysler telah mengusulkan pelan penggabungan bersama Renault dengan perkongsian 50/50

 

Dengan penahanan Carlos Ghosn kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa serta kegagalan untuk membentuk gabungan syarikat automotif terbesar dunia, hubungan di antara Renault dan Nissan dilihat sudah mencapai tahap klimaks dan kini berada di ambang perpisahan.

 

Ghosn dan Greg Kelly, salah seorang pengarah di Nissan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan salah guna kuasa termasuk tidak melaporkan bayaran tuntutan Ghosn dan menggunakan dana syarikat untuk kegunaan peribadi serta kesalahan berkaitan pelaburan Nissan.

 

Image result for carlos ghosn renault nissan
Kredit: The Drive

 

Seperti yang diketahui umum, Renault-Nissan-Mitsubishi mempunyai kerjasama strategik yang telah diwujudkan sejak tahun 1999 dengan jumlah kenderaan yang berjaya dihasilkan oleh ketiga-tiga syarikat ini adalah sekitar 10.8 juta. Ini adalah lebih tinggi berbanding pengeluaran kenderaan oleh Volkswagen dan Toyota dengan bilangan sebanyak 10.6 juta.

 

Melalui kerjasama strategik ini, ketiga-tiga syarikat automotif tersebut mempunyai ‘cross-sharing agreement’ di mana Renault mempunyai pegangan saham sebanyak 43% dalam Nissan manakala Nissan pula memiliki 15% saham dalam Renault. Namun begitu, ketidakseimbangan hubungan Nissan dan Renault telah menyebabkan wujudnya ketegangan kedua-dua syarikat tersebut. Walaupun Renault dan Nissan dilihat seperti sudah tidak sehaluan lagi, Mitsubishi pula menyatakan mahu kerjasama terbabit terus dipertahankan.

 

Renault pada ketika ini masih tidak mahu memecat Ghosn serta menggesa Nissan untuk berkongsi hasil siasatan terhadap Ghosn dan Kelly sehingga membawa kepada penangkapan mereka berdua. Pada ketika ini, tugas-tugas Ghosn diambil alih orang nombor dua dalam pakatan berkenaan, Thierry Bollore dan ahli Lembaga pengarah, Philippe Lagayette.

 

Pertikaian di antara Nissan dan Renault kebanyakan terjadi kerana Nissan merasakan Renault menguasai terlalu banyak dan ia menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Hiroto Saikawa merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan adil. Malah apa yang berlaku kini menyebabkan Nissan melihat wujud peluang untuk memastikan Renault menjual sedikit kepentingannya dalam pakatan berkenaan bagi memastikan ia lebih terbuka.

 

Di saat hubungan Nissan dan Renault seperti ‘retak menanti belah’, salah satu gergasi automotif, Fiat Chrysler telah mengusulkan pelan penggabungan bersama Renault dengan perkongsian 50/50. Jika penggabungan dua syarikat automotif besar ini menjadi kenyataan, Fiat Chrysler menyatakan syarikat gabungan itu akan berjaya untuk membuat jualan sebanyak 8.7 juta kereta setiap tahun. Dikhabarkan fokus utama syarikat gabungan itu nanti adalah ‘broad and complementary’ yang akan meliputi setiap jenis pasaran kereta daripada kereta mainstream sehingga kereta mewah.

 

Satu perkara yang menarik mengenai perancangan gabungan syarikat Renault dan Fiat Chrysler ini adalah kekuatan tersendiri yang dimiliki dalam pasaran masing-masing. Sebagai contoh, Fiat Chrysler sangat dikenali dalam pembuatan kereta jenis ‘pick-up’ dan SUV. Manakala, Renault kini pula dikatakan sangat aktif dalam menghasilkan kereta elektrik. Sekiranya kedua-dua syarikat ini benar-benar bergabung, pastinya pasaran kenderaan dunia akan menjadi lebih kompetitif di masa akan datang.

 

Image result for renault nissan
Kredit: Bloomberg

 

Sementara itu, Kerajaan Perancis yang juga pemegang saham terbesar dalam Renault menegaskan melalui Menteri Kewangan, Bruno Le Maire bahawa mereka masih lagi menunggu bukti kukuh berkaitan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Ghosn. Malah pihak Renault juga akan melaksanakan proses audit untuk menyiasat perkara berkenaan.

 

Dalam masa yang sama, beberapa penganalisis pasaran antarabangsa dilihat menyebelahi Saikawa dengan berpandangan pakatan automobil ini perlu diselaraskan semula untuk mewujudkan keseimbangan.

 

“Kerjasama Nissan dan Renault ini perlu disemak semula untuk mewujudkan kesimbangan,” kata  Arndt Ellinghorst daripada Evercore.

 

Lantikan Renault yang berada dalam mesyuarat lembaga pengarah Nissan baru-baru ini turut mengundi untuk menyingirkan Ghosn selepas mereka menilai bukti setebal 400 muka surat. Namun, mereka tidak dibenarkan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan Renault.

 

Namun begitu, sehingga kini operasi dan urusan perniagaan Nissan-Renault masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang kata putus yang telah diambil oleh mana-mana pihak.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…