fbpx

Jaringan Pengangkutan Awam Nadi Pembangunan Negara

Oleh : Kapital
27 Jun 2019 - 4:34 pm

Reading Time: 2 minutes

 

Kewujudan sistem pengangkutan awam yang baik merupakan nadi kepada pembangunan sesebuah negara. Bapa pengangkutan China moden, Ye Gongchuo sering melaungkan slogan “Menyelamatkan China melalui pengangkutan”. Tokoh ini menyatakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan sesebuah negara daripada kemunduran adalah dengan meningkatkan tahap kemudahan pengangkutan di negara tersebut.

 

Apabila berbicara mengenai sistem pengangkutan awam yang efisien, ia bukanlah hanya berkenaan kecanggihan atau gahnya sesuatu binaan itu tetapi apa yang lebih penting sebenarnya ialah sistem jaringan perhubungan perlu lebih menyeluruh untuk memudahkan pergerakan rakyat ke mana-mana sahaja. Jika tidak, kemudahan pengangkutan awam itu tidak lebih daripada binaan konkrit dan koc keretapi semata-mata yang hanya menelan perbelanjaan yang tinggi.

 

Tidak keterlaluan jika dikatakan kemajuan atau kemunduran sesebuah negara itu adalah bergantung kepada tahap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan. Enrique Penalosa, bekas Datuk Bandar Bogotá, Colombia pernah berkata “Negara maju bukanlah negara di mana orang miskin mempunyai kereta. Negara maju adalah negara di mana orang kaya menaiki kenderaan awam.”

 

Lihat sahaja negara-negara maju di seluruh dunia seperti Jepun, United Kingdom dan Australia. Negara-negara ini berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sistematik kerana pemerintahnya sedar ia adalah penting bagi pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi, pelaburan dari luar negara, peluang pekerjaan untuk rakyat tidak akan meningkat sekiranya tahap pengangkutan awam masih di takuk yang lama.

 

Daripada sudut ekonomi, pengangkutan awam yang baik akan dapat meningkatkan produktiviti sesebuah negara. Sebagai contoh, sekiranya jadual pergerakan pengangkutan awam ditepati, pekerja akan sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya. Ini seterusnya akan meningkatkan lagi tahap efisien dan daya pengeluaran yang dihasilkan syarikat tempat pekerja itu bekerja. Ini sekaligus akan menyumbang kepada hasil pendapatan negara yang lebih tinggi. Hasil ini kemudiannya akan disalurkan kembali kepada rakyat dalam bentuk kemudahan dan perkhidmatan lain seperti sistem pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.

 

Bukan itu sahaja, sistem pengangkutan awam yang berkualiti tinggi akan memperkasakan lagi industri pelancongan negara. Tidak perlu pergi jauh untuk melihat contoh terbaik. Jika anda pernah melawat negara jiran, Singapura sudah pasti anda akan kagum dengan tahap kemajuan pengangkutan awam yang ditawarkan. Anda boleh pergi ke mana-mana tempat sahaja dengan kemudahan pengangkutan awam yang disediakan. Ini ditambah pula dengan tahap kecanggihan serta keselesaan yang jauh lebih baik. Dengan kemudahan ini, pelancong sudah pastinya akan lebih tertarik untuk melawat negara tersebut kerana lebih mudah untuk bergerak ke mana-mana destinasi serta kemudahan prasarana yang lebih canggih dan mesra pengguna. Namun begitu, kerajaan Malaysia hari ini juga tidaklah berdiam diri sahaja. Banyak usaha yang telah dilaksanakan seperti penerusan pembinaan LRT, MRT dan ECRL. Langkah ini sewajarnya mendapat pujian yang tinggi!

 

Dalam masa yang sama, apabila sesebuah kawasan itu menerima pembangunan pengangkutan awam yang baru, ekonomi setempat juga akan lebih meningkat. Kawasan atau bandar tersebut akan menerima lebih banyak kehadiran penduduk kerana ramai orang mahu tinggal berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam. Apabila situasi ini terjadi, lebih banyak aktiviti perniagaan akan bertumbuh di bandar itu dan seterusnya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan baru.

 

Sesebuah bandar itu boleh dianggap sebagai baik sekiranya ia bersifat inklusif secara ekonomi dan juga sosial. Dengan jumlah peluang pekerjaan yang lebih banyak ditawarkan, ini sekaligus akan dapat memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk memperbaiki taraf hidup. Kerajaan pula kemudiannya akan bertindak untuk menyediakan lebih banyak kemudahan rekreasi, pendidikan, kesihatan dan bermacam-macam lagi kemudahan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…