fbpx

Penjawat Awam Habiskan Lebih Separuh Gaji Bayar Hutang

Oleh : Kapital
10 Jun 2019 - 3:23 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Penjawat awam mempunyai lebihan 15% gaji  sahaja iaitu sekitar RM360 hingga RM586
  • Jumlah tunggakan hutang penjawat awam dilaporkan berjumlah sebanyak RM236 bilion

 

Seperti yang sudah dijangkakan, kadar hutang yang tinggi dalam kalangan penjawat awam bukanlah sesuatu perkara yang baru atau mengejutkan. Berdasarkan laporan Central Bank’s Financial Stability Review yang dikeluarkan September lepas, penjawat awam dilaporkan membelanjakan lebih daripada separuh gaji mereka hanya untuk membuat pembayaran hutang.

 

Bank Negara melalui satu artikel ‘Civil Servants’ Debt: Risks and Policy Considerations” turut memberi penekanan kadar hutang yang tinggi ini semakin jelas dapat dilihat dalam kalangan penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM5,000. Selepas membuat pembayaran hutang dan juga keperluan asas bulanan, golongan penjawat awam ini dikatakan hanya mempunyai lebihan wang 15% iaitu sekitar RM360 hingga RM586 untuk digunakan bagi kegunaan lain-lain.

 

Dilaporkan, hampir separuh atau 47% daripada pinjaman yang dilakukan adalah ‘consumption loan’ seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, kad kredit dan lain-lain. Ini adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar ‘consumption loan’ bagi seluruh negara pada nilai 35%.

 

 

Melihat kepada situasi hari ini, Bank Negara menyatakan kapasiti pembayaran balik hutang oleh penjawat awam ini berada pada tahap yang lebih rendah jika dibandingkan dengan purata peminjam seluruh negara yang mana ia berpontesi menyebabkan implikasi lebih besar kepada sosio ekonomi. Setakat hujung bulan Februari tahun ini, jumlah tunggakan hutang penjawat awam dilaporkan berjumlah sebanyak RM236 bilion. Ini adalah bersamaan dengan 20% jumlah keseluruhan hutang isi rumah dan 17% Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK). Berbanding tahun 2012, kadar tunggakan hutang penjawat awam adalah lebih rendah iaitu bersamaan dengan 18% jumlah keseluruhan hutang isi rumah dan 15% KDNK.

 

Kajian yang dilakukan ini adalah meliputi 1.26 juta daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara dengan 97% daripadanya dilaporkan mempunyai mempunyai hutang atau pinjaman yang perlu dibayar.

 

 

Berdasarkan kajian ini juga, wujud kebimbangan berkenaan peningkatan pinjaman peribadi oleh penjawat awam sejak tahun 2012. Daripada jumlah keseluruhan hutang yang dibuat penjawat awam, 34% daripadanya adalah pinjaman peribadi. Berbanding dengan jumlah keseluruhan hutang yang dibuat di seluruh negara, hanya 15% daripadanya adalah pinjaman peribadi.

 

Melihatkan kepada perkembangan ini, ianya sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh faktor peningkatan taraf kehidupan serta gaya hidup. Ini kerana, jika lihat kepada kajian yang dilaksanakan ini, 64% daripada penjawat awam yang melalui bancian ini adalah berpendapatan kurang daripada RM5,000 serta 48% tinggal di empat bandar utama yang mana kos sara hidup adalah lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain.

 

Kerajaan seharusnya memandang serius kepada perkara ini kerana jika tidak dibendung ianya mungkin akan menyebabkan lebih banyak penjawat awam terdedah kepada risiko tidak mampu melunaskan hutang di masa hadapan. Beberapa langkah seperti menganjurkan kelas celik kewangan dan seumpamanya amat wajar dilaksanakan supaya kesedaran berkenaan pengurusan kewangan yang baik dapat diterapkan dalam kalangan penjawat awam.

 

Sumber: StarBiz

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…