fbpx

Proton Mencatatkan Jualan Tertinggi Dalam 46 Bulan, Terima Kasih Kepada X70

Oleh : Kauthar Rozmal
11 Jun 2019 - 4:53 pm

Reading Time: 2 minutes
  • X70 mewakili 36% jualan kesuluruhan Proton.
  • 2,972 unit Proton Persona dan 940 unit Proton Iriz terjual pada bulan lalu.

Proton X70 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan catatan jualan berjumlah 13,572 unit semenjak pelancarannya Disember lalu.

 

Tidak dapat disangkal kerjasama Proton-Geely telah memberi nafas baru kepada Proton. DRB-HICOM sebelum ini menyatakan fokus utama mereka adalah untuk memulihkan Proton dan ini akan dimulai dengan pengeluaran model X70. Dan ianya terbukti berhasil.

 

Pada Mei lalu, Proton telah mencatatkan angka jualan tertinggi bagi tempoh 46 bulan dengan jualan sebanyak 10,611 unit. Hasil jualan naik 51.3% berbanding April. Jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu (Jan-Mei 2018), angka jualan meningkat pada 70%.

 

Menurut Proton, hasil jualan yang tinggi ini disumbang daripada model yang dilengkapi ciri-ciri pintar dan teknologi terkini terutamanya model X70 yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jualan. X70 mewakili 36% jualan kesuluruhan Proton.

 

Setakat ini, Proton memegang 17.2% jualan dalam pasaran automotif Malaysia.

 

“Dengan peningkatan sebanyak 70% dalam jumlah jualan setakat ini pada tahun 2019, Proton mendapat beberapa ganjaran awal untuk pelaburannya dalam produk, pekerja dan kedai jualan.

 

“Kami yakin dapat mengekalkan prestasi jualan kami yang kukuh sepanjang tahun ini” – Li Chunrong

 

Sementara itu, model lain juga turut mendapat sambutan hasil daripada pelancaran X70 yang telah berjaya memulihkan semula imej Proton. Sejumlah 2,972 unit Proton Persona dan 940 unit Proton Iriz terjual pada bulan lalu.

 

Proton turut menyatakan akan memfokuskan kepada penjualan model baharu Proton Exora yang dilengkapi dengan ciri-ciri pintar sementara terus mencatatkan peningkatan bagi model yang lain.

 

Dalam pada itu, heboh mengenai ura-ura model baharu Proton X50 yang dibina berdasarkan model Geely Binyue. Menurut sumber dalaman, model ini akan dilancarkan pada tahun hadapan. Mengikut pada segmen, Proton X50 bakal bersaing bersama Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR.

 

Jika harga Proton X70 boleh dijual serendah RM99,800, bayangkan berapa harga yang ditawarkan nanti bagi Proton X50. Sudah pasti ianya lebih murah daripada jenama import.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…