fbpx

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Oleh : Kapital
12 Jun 2019 - 3:00 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kadar pertumbuhan ekonomi China yang direkodkan pada tahun 2018 ialah 6.6%
  • Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak dana serta mengurangkan beberapa syarat ketat bagi menggalakkan lebih banyak permohonan pinjaman diluluskan

 

Pertumbuhan ekonomi China menurun ke tahap paling perlahan dalam tempoh hampir 3 dekad ini sejak tahun 1990 berikutan perang dagangan dengan Amerika Syarikat.

 

Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada awal tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6%. Apa yang memburukkan lagi situasi ini ialah konflik perdagangan dengan Washington yang menyebabkan banyak pengeksport China memilih untuk menangguhkan pelaburan dan sesetengahnya telah mengambil tindakan untuk memberhentikan pekerja mereka. Kadar pengangguran pada bulan Disember 2018 dilaporkan telah meningkat kepada 4.9% berbanding bulan November pada kadar 4.8%.

 

Terdapat banyak pembuat barangan elektronik, tekstil dan auto-parts di bandar teknologi dan pusat eksport bagi pembuatan, Shenzen telah mengambil tindakan untuk mengarahkan pekerja mereka bercuti bagi tempoh kira-kira dua bulan. Perkara yang sama juga dirasai di Guangzhou selepas kadar pertumbuhan ekonomi yang dicatatkan hanyalah sekitar 6.5% sahaja iaitu lebih rendah daripada kadar 7.5% yang disasarkan oleh kerajaan tempatan.

 

Image result for china economy
Kredit: Channel NewsAsia

 

Menurut Ketua Biro Statistik Kebangsaan, Ning Jizhe, tekanan ekonomi yang dirasai China ini bukan hanya disebabkan oleh konflik Beijing-Washington tetapi ekonomi secara keseluruhannya dipengaruhi oleh faktor permintaan pasaran domestik. Industri hartanah sebelum ini yang dikatakan salah satu sektor besar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kini tidak lagi gah seperti dulu. Pasaran hartanah kini dilaporkan semakin lembab.

 

Dalam masa yang sama, peningkatan gaji yang perlahan serta kadar hutang isi rumah yang melonjak naik telah menyebabkan pengguna di China kini lebih berhati-hati ketika berbelanja. Hal ini telah menyebabkan banyak peniaga terjejas teruk ekoran hasil jualan mereka yang semakin menurun.

 

Menurut The Wall Street Journal, perang dagangan serta penurunan permintaan global telah menyebabkan hasil penjualan China di luar negara menurun. Ini kemudiannya menyebabkan aktiviti ekonomi China telah melemah sebanyak 8.6%. Sebagai perbandingan, pada tahun 2017, hasil perdagangan telah menyumbang sebanyak 9% kepada keseluruhan ekonomi China.

 

Related image
Kredit: credit-suisse.com

 

Presiden Xi Jinping pada Disember lepas menyatakan bahawa kadar pertumbuhan perlu dikekalkan pada nilai yang lebih munasabah bagi agenda ekonomi tahun 2019. Jangkaan bagi kadar ini dikatakan adalah pada nilai sekitar 6% hingga 6.5%. Melihat kepada jangkaan ini, ia adalah satu nilai yang boleh disifatkan sebagai tinggi mengikut piawaian antarabangsa namun ia juga adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar purata pertumbuhan tahunan selama 3 dekad iaitu sebanyak 10%.

 

Buat masa ini, Beijing dilihat tidak terlalu gopoh untuk mengejar pertumbuhan ekonomi yang tinggi sebaliknya mereka lebih memilih untuk menambah baik polisi ekonomi. Bank pusat misalannya telah menyuntik lebih banyak dana kepada sistem perbankan bagi memudahkan urusan pinjaman di samping mengurangkan beberapa syarat ketat bagi menggalakkan lebih banyak pinjaman dapat diluluskan. Bukan itu sahaja, China juga menjangkakan akan melaksanakan lebih banyak potongan cukai bagi individu dan perniagaan terutamanya dalam sektor teknologi.

 

Jika dilihat kepada situasi semasa, perang dagangan Beijing-Washington dijangka akan melarat serta menjadi lebih teruk dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam keadaan sebegini, China seharusnya mencari penyelesaian dan polisi terbaik bagi meransang kembali ekonomi mereka. Ramai pihak kini sebenarnya masih menantikan apakah strategi China dalam menangani perang dagangan dengan Amerika Syarikat dan bagaimanakah kesudahannya nanti.

 

Sumber: The Wall Street Journal

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…