fbpx

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Oleh : Kapital
19 Jun 2019 - 3:15 pm

Reading Time: 2 minutes
  • AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’
  • Hasil bancian di India mendapati lebih daripada 75% business leaders bersetuju teknologi AI adalah instrumen penting untuk meningkatkan daya persaingan

 

Gergasi teknologi dunia, Microsoft baru-baru ini menyatakan bahawa Artificial Intelligence (AI) akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan pembaharuan serta transformasi industri dan kerajaan bahkan juga bakal memperkasakan masyarakat serta individu.

 

Jika dilihat kepada situasi di Malaysia, kita boleh sifatkan penggunaan teknologi AI ini masih berada pada tahap yang rendah. Bagi mereka yang kurang arif dengan terma ini, AI merupakan salah satu cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’. Melalui teknologi ini, komputer dilatih untuk menjayakan sesuatu tugasan itu melalui pemprosesan big data serta mengenal pasti corak dan algorithm data tersebut.

 

Jadi, teknologi AI ini sangatlah dipandang sebagai teknologi penting masa depan. Ia dikatakan bakal mempengaruhi segenap penjuru kehidupan setiap manusia di atas muka bumi. Mana-mana negara yang mengambil sikap tidak endah kepada perubahan teknologi ini sudah pasti akan tertinggal di belakang.

 

Antara negara yang dilihat sangat proaktif dalam usaha mengimplementasi teknologi AI ini ialah India. Dengan pertumbuhan ekonomi antara yang terpantas di dunia serta mempunyai populasi kedua terbesar dunia, India memainkan peranan penting dalam revolusi teknologi AI. Pada tahun lepas, kerajaan India telah menggariskan beberapa sektor utama dalam ekonomi mereka untuk mengambil bahagian dalam “National Strategy for AI”.

 

NITI Aayog yang bertindak sebagai think tank untuk polisi kerajaan India telah menerbitkan sebuah kertas perbincangan di mana mereka menggariskan visi yang merangkumi projek penerokaan AI dalam beberapa sektor spesifik serta merangka strategi untuk membina sebuah ekosistem AI yang vibrant melalui kerjasama dengan pakar.

 

Beberapa pemimpin dalam dunia perniagaan di India menyatakan teknologi AI akan meningkatkan kadar inovasi dan produktiviti pekerja di negara tersebut melebihi dua kali ganda menjelang tahun 2021. Ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh Microsoft serta IDC dalam laporan “Future Ready Business: Assessing Asia Pacific’s Growth Potential Through AI”. Kajian ini telah dijalankan melalui bancian terhadap 1,560 organisasi besar dan sederhana.

 

Hasil bancian di India mendapati lebih daripada 75% business leaders bersetuju teknologi AI adalah instrumen penting untuk meningkatkan daya persaingan organisasi mereka namun hanya sekitar 33% daripada mereka yang telah mula mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi ini.

 

Ekonomi dan perniagaan yang belum mengambil insiatif untuk menggunakan teknologi AI sebenarnya meletakkan organisasi mereka dalam risiko untuk meraih manfaat teknologi ini. Perniagaan hari ini seharusnya menerima budaya baru di mana inovasi serta pembelajaran yang berterusan perlu menjadi teras budaya setiap organisasi.

 

Jika ditanya kepada orang awam, sudah pasti mereka menyatakan teknologi AI ini adalah berkait rapat dengan cloud computing, data serta Internet of Things (IOT). Ya, ia sememangnya benar namun terdapat banyak lagi elemen lain yang penting. Sesebuah organisasi seharusnya merangka strategi yang tepat di samping mengadaptasi pembaharuan budaya dan meingkatkan lagi kemahiran tenaga kerja untuk menjadikan teknologi AI itu lebih berjaya.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 24-01
Kapital

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Reading Time: 2 minutes 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil General Motor hanya mampu menjual 700 unit…

Featured Image 3-01 (1)
Kapital

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes   AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan…

Featured Image 2-01
Kapital

Graduan B40 Sukar Dapat Kerja Setimpal

Reading Time: 10 minutes   Peluang melanjutkan pelajaran di menara gading, kini bukan lagi jaminan bagi anak-anak daripada keluarga miskin serta kelompok…

Featured Image-01
Kapital

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Reading Time: 3 minutes   Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain…