fbpx

Hi HOME Bakal Tingkatkan Kadar Pemilikan Rumah Di Malaysia

Oleh : Kapital
11 Julai 2019 - 4:01 pm

Reading Time: 3 minutes

 

Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi. Selain makanan dan pakaian, rumah juga boleh dianggap sebagai satu keperluan pada hari ini dan bukan lagi simbol kemewahan semata-mata. Isu pemilikan rumah di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baru kita dengar. Jika kita imbas kembali dalam tempoh sepuluh tahun terakhir ini, nilai harga pasaran rumah telah meningkat dua ke tiga kali ganda sehingga membuatkan ramai orang ‘pening kepala’ bagaimana untuk memiliki rumah.

 

Bagi memenuhi keperluan penduduk Malaysia hari ini, pihak Hartabumi.com telah bertindak untuk mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Hi HOME. Anda pasti tertanya-tanya apakah itu Hi HOME? Ia adalah sebuah platform di mana pelbagai perbincangan intelek serta kupasan idea diadakan bagi mencari solusi baru untuk membantu kerajaan menangani isu pemilikan rumah di Malaysia.

 

Apa yang lebih menarik mengenai Hi HOME ini ialah ia terbahagi kepada dua acara atau ‘main events’ iaitu yang pertamanya adalah Persidangan Hartanah Hi HOME yang akan berlangsung pada 25 Julai 2019 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dan keduanya adalah Ekspo Hartanah Online Hi HOME di mana ekspo ini mula dilancarkan pada 25 Julai dan berakhir pada 31 Oktober 2019.

 

 

Menyedari bebanan untuk menangani isu pemilikan rumah di Malaysia tidak hanya terletak kepada pihak kerajaan, Hi HOME bakal menghimpunkan pemegang taruh (stakeholders) dalam industri hartanah dari pelbagai latar belakang dan bidang yang berbeza. Barisan panelis yang akan ‘turun padang’ di Persidangan Hartanah Hi HOME nanti juga bukanlah calang-calang yang mana ia terdiri daripada pihak kerajaan, penjawat awam, sektor korporat, penyelidik hartanah dan juga personaliti belia.

 

Antara nama-nama besar yang telah mengesahkan kehadiran pada persidangan hartanah Hi HOME nanti ialah Tan Sri Tony Fernandes (CEO Kumpulan Air Asia Bhd), YM Tengku Zafrul Aziz (CEO Kumpulan CIMB), Dato’ Sri Ir Dr Judin Abdul Karim (Naib Presiden Eksekutif MRCB), Dr Suraya Ismail (Pengarah Penyelidik Khazanah Research Institute), Kamarul Muhamed (Aerodyne), Nadhir Ashafiq (The Lorry) dan Hann Liew (Ringgit Plus).

 

 

Kebanyakan masyarakat hari ini mungkin agak kurang arif bahawa isu pemilikan rumah bukanlah hanya berkenaan harga rumah semata-mata tetapi banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira. Faktor seperti model pembiayaan baru, polisi perumahan yang progresif, produk mesra pelanggan, aspirasi belia serta teknologi yang memudahkan pembeli juga menyumbang kepada kadar pemilikan rumah di Malaysia.

 

Menyedari akan hal ini, empat kluster utama yang berkisarkan sektor hartanah di Malaysia akan dibincangkan secara holistik dan komprehensif di Persidangan Hartanah Hi HOME nanti. Empat kluster tersebut adalah Mampu Milik (Affordability), Pasaran & Polisi (Market & Policy), Data & Teknologi (Data & Technology) dan juga Masa Hadapan (Future).

 

Dengan mengambil inspirasi daripada konsep TED Talk yang popular di seluruh dunia, setiap panelis akan diberikan peluang untuk melontarkan idea-idea serta cadangan disruptif dari sudut pandangan, bidang dan latar belakang mereka bagi mencari solusi baru untuk membantu meningkatkan kadar pemilikan rumah di Malaysia.

 

Berkenaan Hartanah Online Hi HOME pula, ia adalah satu eskpo atas talian yang akan berlangsung selama tiga bulan dengan anggaran 100 projek perumahan dari seluruh negara bakal ditawarkan kepada pembeli. 50% daripada projek ini adalah projek rumah mampu milik dengan rata-rata harga sekitar RM300,000 dan ke bawah. Antara kelebihan yang bakal dinikmati pembeli apabila mahu membeli rumah melalui www.hihomes.my ini nanti ialah konsep ‘matching’ markah kredit atau profil kewangan pembeli dengan rumah yang mampu dibeli oleh pembeli. Pembeli perlu mengisi beberapa perincian seperti pendapatan bersih dan komitmen pinjaman terkini untuk disepandankan dengan harga rumah yang sesuai dimiliki oleh pembeli.

 

Inisiatif Hi HOME yang mendapat sokongan penuh daripada dua kementerian utama iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini disifatkan sebagai satu usaha yang sangat baik di saat pasaran perumahan Malaysia dilihat berada pada tahap yang ‘stagnant’.

 

Jika anda kini masih tercari-cari rumah impian, ini adalah masa yang paling sesuai! Bermula dari 25 Julai ini sehingga 31 Oktober, anda boleh mencari rumah kediaman impian anda dengan melayari laman sesawang www.hihomes.my. Manakala bagi mereka yang berminat untuk menghadiri Persidangan Hartanah Hi HOME, anda boleh dapatkan tiket dengan segera di http://event.hihomes.my/.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…