fbpx

Kenapa Orang Jepun Tidak Membeli Kereta Buatan Amerika

Oleh : Kapital
16 Julai 2019 - 2:05 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil
  • General Motor hanya mampu menjual 700 unit kereta pada tahun lalu

Jika anda memandu di Jepun, kemungkinan untuk anda melihat kereta buatan Amerika Syarikat (AS) sangat rendah. Tetapi jika ada sekali pun, kemungkinan besar kereta tersebut adalah Jeep Wrangler.

 

Sementera kereta-kereta buatan Jepun memenuhi jalanraya AS, hampir kesemua pengeluar kereta AS sudah mengalah untuk menjual kereta mereka di Jepun walaupun AS adalah negara pembuat kereta ketiga terbesar di dunia.

 

Apakah puncanya?

 

Menurut penganalisa industri, syarikat pembuat kereta AS tidak membuat kereta yang bersesuaian dengan citarasa orang Jepun, AS juga tidak melabur dalam meningkatkan wakil pengedar mereka di Jepun. Selain itu, kebanyakan rakyat Jepun beranggapan bahawa kereta buatan AS tidak boleh dipercayai dan tidak efisyen.

 

Lebih kurang 40% daripada kereta yang dijual di Jepun adalah kereta bersaiz kecil yang dikenali sebagai Kei. Dua syarikat pengeluar utama bagi kereta Kei adalah Suzuki dan Daihatsu. Saiz Kei tidak boleh melebihi 1.5 meter lebar dan 3.4 meter panjang serta kapasiti enjin bawah 660cc. Kereta bersaiz kecil ini dilihat sangat bersesuaian dengan keadaan negaranya yang cukup sesak, dengan kereta bersaiz kecil, pengguna lebih mudah untuk memandu di kawasan sempit dan juga lebih mudah untuk parkir.

 

Contoh kereta Kei

 

Contohnya, jika anda pernah ke Jepun, anda boleh melihat sendiri bagaimana sempitnya ruang jalan antara rumah-rumah kediaman dan ruang parkirnya sangat sempit sedangkan kebanyakan kereta buatan AS adalah besar dari segi saiznya.d

 

Pembuat kereta Jepun sangat memahami latar belakang dan cita rasa orang Jepun, hasilnya, lebih daripada 95% kereta di Jepun adalah buatan tempatan. Selebihnya adalah kereta import yang mana kebanyakannya adalah buatan Eropah terdiri daripada kereta-kereta mewah.

 

Mercedes-Benz, BMW ,Volkswagen dan Audi masing-masing menjual puluhan ribu unit kereta setiap tahun di Jepun. Berbeza pula situasinya bagi kereta buatan AS, Ford telah meninggalkan Jepun pada tahun 2017 dan General Motor hanya mampu menjual 700 unit kereta pada tahun lalu.

 

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump menyatakan bahawa keadaan ini sebagai sesuatu yang tidak adil. AS membeli jutaan unit kereta buatan Jepun setiap tahun tetapi tahun lalu AS hanya menjual lebih kurang 13,000 unit kereta buatan AS di Jepun.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…