fbpx

Perkhidmatan Kesihatan & Impak Kepada Ekonomi Negara

Oleh : Kapital
15 Julai 2019 - 3:36 pm

Reading Time: 2 minutes

 

AmInvestment menjangkakan prospek pertumbuhan bagi sektor kesihatan adalah positif untuk tempoh jangka panjang yang akan datang berdasarkan faktor ‘ageing population’, peningkatan jangka hayat serta kewangan dan pendapatan yang lebih baik. AmInvestment turut menambah lagi bahawa sektor pekhidmatan kesihatan swasta di Malaysia sebenarnya telah menjadi antara pemangkin kepada pelancongan kesihatan (medical tourism) di samping dibantu faktor-faktor lain seperti caj yang kompetitif dan insentif daripada pihak kerajaan.

 

Kita dapat lihat Kerajaan perseketuan begitu serius dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat melalui pembentangan Belanjawan 2019. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM29 bilion bagi perkhidmatan kesihatan, 9.2% daripada jumlah Belanjawan 2019 sebanyak RM314.5 bilion. Peruntukan ini termasuk RM10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan.

 

Salah satu sektor penting yang dikatakan memainkan peranan dalam memacu ekonomi negara adalah sektor kesihatan. Hal ini kerana, menurut OCED Observer, 10% peningkatan dalam jangka hayat rakyat bakal memangkin pertumbuhan ekonomi sekitar 0.3% -0.4%.  Secara amnya, tahap kesihatan yang baik memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi.

 

Sebagai contoh, kemudahan kesihatan yang lengkap mampu meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat lantas menjadikan rakyat lebih sihat dan selesa. Dengan ini, rakyat akan lebih fokus kepada perkerjaan dan perniagaan yang mana secara tidak lansung membantu untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

 

Beruntungnya kita di Malaysia, kemudahan kesihatan di Malaysia adalah bertaraf dunia dilengkapi teknologi dan infrastruktur canggih. Malaysia sebelum ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam kategori perkhidmatan kesihatan yang terbaik di dunia. Dengan skor 95 daripada 100, Malaysia menduduki tangga pertama dalam kategori Kesihatan Terbaik dalam kategori Dunia Indeks Persaraan Global Tahunan Tahunan 2019.

 

Satu perkara yang mungkin kurang disedari oleh masyarakat awam hari ini adalah sektor perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah sangat berkait rapat dengan sektor pelancongan. Hal ini kerana, ramai orang dari luar negara sebenarnya berkunjung ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan. Sebagai rekod, sektor pelancongan menjadi antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan peratusan sumbangan 14.9% atau nilai RM201.4 bilion pada tahun 2017.

 

Berdasarkan laporan, pelancongan kesihatan di Malaysia telah merekodkan jumlah kemasukan lebih kurang 1 juta pelancong pada 2017. Kebanyakannya adalah daripada Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China. Resit pelancongan bagi kategori kesihatan pada tahun lalu turut mencatatkan peningkatan kepada RM1.5 bilion. Pulau Pinang dikhabarkan sebagai negeri tertinggi yang merekodkan jumlah pendapatan pelancongan melalui kesihatan dengan nilai 40% daripada jumlah keseluruhan dalam negara.

 

Pada tahun ini, jumlah keseluruhan resit pelancongan melalui perkhidmatan kesihatan disasarkan akan meningkat lagi sebanyak 25% kepada RM1.8 bilion. Jika dilihat dalam tempoh lima tahun terakhir ini, pelancongan kesihatan di Malaysia telah bertumbuh sekitar 16% hingga 17% dengan bidang kardiologi, onkologi dan ortopedik dikatakan menjadi tarikan utama. Menurut CEO Malaysia Healthcare Travel Council, Sherene Azli, mereka juga meletakkan sasaran untuk negara mencapai pendapatan sebanyak RM2.8 bilion serta impak ekonomi bernilai RM10 bilion melalui pelancongan kesihatan menjelang tahun 2020 nanti.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…