fbpx

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Oleh : Kapital
24 Julai 2019 - 2:06 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara
  • Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200

 

Aliran tunai masuk ke Malaysia melalui sektor pelancongan telah mencatatkan rekod tertinggi pada tahun 2018 dengan nilai sebanyak RM84.1 bilion. Jumlah ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2% berbanding tahun sebelumnya.

 

Pencapaian ini dilaporkan banyak dibantu oleh kadar tukaran mata wang ringgit yang lemah dan juga faktor pelancong China. Berdasarkan data daripada Laporan Pelancongan Asean 2019, purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah sebanyak RM4,200. Ini jauh melebihi jumlah wang yang dibelanjakan oleh pelancong-pelancong dari negara lain.

 

Satu perkara lain yang menjadi perhatian utama dalam laporan tersebut adalah jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia telah menurun sebanyak 0.4%. Faktor penyumbang utama kepada situasi ini adalah kerana jumlah kemasukan pelancong Singapura yang semakin berkurang dan juga pengukuhan mata wang ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.

 

Ketika ini, nilai bagi $1 dolar Singapura adalah bersamaan sekitar RM3.04. Manakala pada tahun 2017, $1 dolar Singapura pula bersamaan dengan RM3.17. Penurunan kadar pelancong Singapura memasuki Malaysia dikatakan terjadi disebabkan peningkatan kesesakan lalu lintas di sempadan kerana penggunaan sistem biometrik yang baru. Jadi, pelancong dari Singapura kini dilihat lebih gemar untuk melancong ke destinasi lain seperti Batam.

 

Susulan perkembangan ini, wujud cadangan daripada beberapa pihak supaya kerajaan memperkenalkan visa elektronik (e-visa) untuk pelancong dari Singapura bagi memudahkan lagi urusan kemasukan mereka ke Malaysia.

 

Jika dilihat daripada jumlah nilai resit pelancongan (tourism receipt) di Malaysia, trend telah menunjukkan peningkatan dari 2013 hingga 2018. Namun situasi sebaliknya berlaku kepada jumlah ketibaan pelancong yang dilihat semakin menurun saban tahun. Malaysia dilaporkan telah gagal mencapai sasaran jumlah kemasukan pelancong dari tahun 2013 hingga 2018. Sebagai contoh, pada awal tahun 2018, kerajaan telah meletakkan sasaran jumlah kemasukan pelancong sebanyak 33.1 juta dan kemudiannya menurunkan sasaran tersebut kepada 26.4 juta. Namun akhirnya, jumlah sebenar yang direkodkan hanyalah setakat 25.8 juta pelancong sahaja.

 

Daripada sudut sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi negara, ia telah mencatatkan peningkatan setiap tahun. Bermula dari tahun 2005 hingga tahun 2017, nilai industri ini telah meningkat sebanyak 10.3% daripada RM56.4 bilion pada tahun 2005 kepada RM201.4 bilion pada tahun 2017.

 

Selain itu, program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) dan perkampungan persaraaan juga dilaporkan baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan Malaysia dalam kategori perlancongan persaraan berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

 

Setakat Ogos 2017, seramai 35,800 orang menyertai MM2H yang mana telah menyumbang lebih RM13 bilion kepada ekonomi negara. Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi pilihan yang dicadangkan oleh International Living Magazine yang mana meletakkan Malaysia di antara lima negara terbaik bagi destinasi persaraan di seluruh dunia. Perkampungan persaaraan seperti Eden-on-the-Park di Kuching, Sarawak, dan The Green Leaf di Sepang, Selangor kini mula mendapat perhatian dan permintaan daripada orang asing.

 

Selain daripada pelancongan persaraan, pelancongan perubatan juga semakin mendapat perhatian di Malaysia dengan catatan lebih kurang 1 juta pelancong perubatan pada 2017. Kebanyakannya adalah daripada Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China. Resit pelancongan bagi kategori perubatan pada tahun lalu mencatatkan peningkatan kepada RM1.5 bilion yang mana 40% adalah datang daripada Pulau Pinang.

 

Secara keseluruhannya, sektor pelancongan terus menjadi antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan peratusan sumbangan sebanyak 14.9% atau nilai RM201.4 bilion pada tahun 2017 berbanding hanya 10.4% pada tahun 2005.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…