fbpx

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Oleh : Kapital
19 Julai 2019 - 3:57 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun
  • Nilai syarikat teknologi dalam tempoh 10 tahun lepas bersamaan dengan 15% KDNK dunia

Salah satu cara bagi Vietnam untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi adalah dengan menyokong syarikat-syarikat teknologi tempatan. Untuk keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana (middle income trap), ekonomi Vietnam perlu berkembang pada kadar 6.5%-7% atau pendapatan individu meningkat pada kadar 5.5%-6% setiap tahun.

 

Kebiasaannya, ia mengambil masa sekitar 30-50 tahun bagi sesebuah negara menaik taraf daripada status negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi tanpa menggunakan teknologi moden.

 

“Penggunaan teknologi dan sokongan kepada syarikat teknologi membolehkan ekonomi melonjak dan mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi dalam tempoh yang lebih singkat” Nguyen Xuan Thanh daripada Fulbright University Vietnam.

 

Dalam tempoh 10 tahun lepas, nilai syarikat teknologi telah meningkat dengan mendadak dan kini ianya mewakili 15% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia. Purata pertumbuhan syarikat teknologi adalah 2.5 kali ganda berbanding purata pertumbuhan dunia.

 

Menurut Thanh lagi, teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar sekitar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun. Jika dilihat, kadar ini adalah lebih tinggi berbanding sasaran pertumbuhan ekonomi tahunan pada kadar kurang daripada 1%.

 

Dalam masa yang sama, Thanh turut menegaskan menjelang tahun 2030 nanti, 15% pekerja akan hilang pekerjaan kerana perkembangan teknologi. Ini seperti apa yang berlaku kepada firma pembangunan software, MISA di mana firma ini telah berjaya membantu agensi kerajaan dan perniagaan untuk mengurangkan hampir 97% perbelanjaan melalui penggunaan dokumen elektronik berbanding kertas.

 

Di Asia Tenggara, terdapat lebih kurang 10-12 “unicorn”. “Unicorn” adalah syarikat start-up yang bernilai lebih USD1 bilion seperti Go Jek. Walaubagaimana pun, bilangan unicorn ini masih lagi rendah dan kebanyakannya kurang mendapat perhatian dunia.

 

Salah satu cara menyokong industri teknologi boleh bermula seawal zaman persekolahan lagi. Masih tiada lagi pembelajaran secara formal yang mengajar murid secara khusus berkaitan ilmu teknologi seperti cara menulis coding.

 

Kebanyakannya mempelajari ilmu ini daripada kursus diluar sekolah atau melalui internet. Sebagai permulaan sekolah-sekolah boleh berkerjasama dengan syarikat teknologi untuk membuat program bagi menambah baik kualiti pendidikan teknologi.

 

Selain itu, menurut Thanh, kerajaan boleh membantu syarikat start-up dari segi pendanaan supaya idea mereka mampu menjadi satu realiti.

 

“Ekonomi Vietnam hanya boleh menjadi ibarat naga apabila syarikat tempatan setanding dan cukup untuk bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa” – Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc

 

Syarikat-syarikat perlu mempelajari bagaimana mengadaptasi teknologi dalam perniagaan mereka dan menggunakan teknologi bagi menyediakan servis yang terbaik kepada pasaran, tambah beliau.

 

“Rakyat Vietnam kebanyakannya pintar dan kuat bekerja. Pasaran yang mencecah hampir 100 juta orang akan menjadi sebuah ekonomi pintar jika teknologi digunakan di setiap sudut kehidupan” katanya.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…