fbpx

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Oleh : Kapital
24 September 2019 - 12:28 pm

Reading Time: 4 minutes

Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk terus berselera meninjau dan membeli kediaman?

 

Selain daripada faktor harga yang sudah pasti menjadi perbincangan pertama sebelum pembelian boleh dibuat, perkara lain yang dilihat turut menyumbang kepada tarikan orang ramai adalah tawaran citarasa atau konsep kediaman yang dibangunkan mampu memenuhi keperluan semasa.

 

Satu lagi tarikan adalah lokasi. Ketika ini, lokasi adalah segala-galanya. Ada yang perlukan tempat kerja yang hampir dengan rumah untuk memudahkan urusan tetapi ada juga yang tidak kisah tinggal jauh kerana lokasi kediaman berdekatan pula dengan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan KTM.

 

Selain daripada ukuran jarak rumah dan tempat kerja. Ada juga yang menjadikan faktor lokasi dari kediaman dengan sekolah, pusat perubatan atau klinik, kompleks membeli belah, destinasi percutian atau akses lebuh raya.

Kepentingan lokasi

 

Sudah tentu faktor ini penting kerana tiada siapa yang gemar membuang masa di atas jalan raya setiap hari. Sudahlah semasa pergi dan balik kerja banyak masa terbuang di atas jalan raya, maka tidak mungkin pada hujung minggu pun tenaga dan masa perlu dibazirkan juga atas jalan raya.

 

Justeru, budaya begitu tidak lagi praktikal dan efisien lagi dalam kehidupan moden yang serba pantas. Maka lokasi yang tepat merupakan ciri kediaman yang menjadi idaman rakyat Malaysia hari ini untuk pergi ke mana-mana dengan mudah.

 

Jika ingin mencuci mata atau window shopping, dalam tempoh 15 minit dari kediaman mereka boleh berada dalam kompleks membeli-belah terkenal seperti IOI City Mall di Putrajaya.

 

Jika inginkan destinasi percutian yang singkat, penuh aktiviti dan keseronokan serta paling penting dekat dengan kediaman seperti Bangi Wonderland sudah tentu akan meringankan beban perbelanjaan ibu bapa yang terpaksa mencongak kos perjalanan, penginapan, makan, minum dan cenderahati. Tetapi jika boleh bercuti dekat, buat apa susah-susah berbelanja lebih bukan?

 

Image result for IOI City Mall di Putrajaya.

 

Memenuhi citarasa gaya hidup moden

 

Bila tiba pula musim perayaan Aidilfitri sebagai contoh, golongan wanita yang merupakan kelompok paling teruja untuk tampil bergaya pasti ingin mendapatkan koleksi tudung atau pakaian baharu.

 

Bayangkan syurga fesyen muslimah seperti Bangi Gateway, Bangi Sentral dan Ostia Bangi terletak berdekatan rumah, alangkah bahagianya.

 

Untuk mendapatkan barang keperluan harian pula, pilihan pasaraya yang boleh dikunjungi seperti Tesco Bandar Puteri dan Tesco Semenyih atau Giant Bangi yang mana menawarkan pelbagai produk makanan untuk seisi keluarga.

 

Budaya hidup moden ini belum cukup jika kesihatan tidak diberikan penekanan yang besar.

 

Jika kediaman berada dekat dengan pusat kesihatan seperti Hospital Pakar KPJ Kajang, Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Poliklinik Pusrawi SMC, secara tidak langsung penduduk boleh merasa tenang dan terjamin dari segi kesihatan.

 

Image result for KPJ Kajang

 

Selain itu, sesuai dengan peningkatan taraf hidup adalah nilai sosial yang boleh diterjemahkan secara fizikal.

Jika bermain bola sepak dilihat sukan secara berpasukan, maka golf pula adalah lambang kepada gaya hidup korporat, serius tetapi santai yang berpotensi membuka jaringan perniagaan yang lebih luas.

 

Bayangkan, dari lokasi kediaman terdapat dua buah padang golf iaitu Bangi Golf Resort, Kajang Hills Golf Club dan Danau Golf Resort. Tidak dapat disangkal lagi, kediaman yang berhampiran dengan padang golf sekaligus bakal meningkatkan imej dan prestij dalam kalangan golongan korporat.

 

Tidak perlu berjauhan dengan keluarga

 

Rangkaian korporat ibu bapa sudah tentu perlu selaras dengan mutu pendidikan yang disediakan untuk anak-anak. Jika inginkan pendidikan bercorak Islamik, Greenview Islamic School mungkin pilihan yang tepat.

 

Tetapi jika inginkan anak-anak berada dalam lingkungan sekolah yang mempunyai kenalan dari pelbagai negara asing, sekolah-sekolah persendirian seperti Rafflesia International & Private Schools, Tanarata International School dan Tenby International School tersedia untuk menerima anak-anak sebagai pelajar baharu dengan jaminan masa depan yang cerah.

 

Berdekatan sekolah-sekolah ini pula, turut disediakan pula adalah institusi pendidikan tinggi yang berprestij yang menawarkan pengajian bersepadu daripada teknikal sehingga falsafah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Putra Malaysia (UPM), German-Malaysian Institute (GMI), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Tidak seperti beberapa dekad yang lalu apabila suasana pada masa itu anak-anak terpaksa berjauhan dengan keluarga demi melanjutkan pengajian, kini pada jarak yang relatif dekat dengan kediaman, anak-anak masih boleh melanjutkan pengajian tinggi dengan selesa dan bahagia.

 

Inilah syurga kecil

 

Masih menyentuh tentang lokasi. Akses lebuh raya yang begitu penting untuk pergerakan dari satu-satu masa ternyata begitu didambakan oleh sesiapa. Lebih menyenangkan apabila lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta lebuhraya lain seperti Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) turut berada berdekatan.

 

Sekali lagi, bayangkan jika semua kemudahan dan kelebihan ini berada dekat dengan rumah, tidakkah ia sebuah syurga kecil yang boleh dinikmati.

 

Menyedari akan kepentingan lokasi ini dengan setiap kemudahan tersebut, pada tahun lalu, UEM Sunrise Bhd tampil dengan memperkenalkan projek kediaman yang dikenali sebagai Dahlia 2 di Serene Heights berdekatan antara Bandar Baru Bangi, Kajang dan Semenyih.

 

Projek rumah teres dua tingkat yang bermula pada harga RM621,278 ini ditawarkan kepada para pembeli dengan konsep Tropikal Moden Kontemporari.

 

Dijangka bakal menikmati nilai hartanah yang berpotensi meningkat lebih tinggi pada masa akan datang, ternyata Dahlia 2 juga adalah kediaman serta pelaburan yang cukup berbaloi kepada para pemiliknya.

 

Jangan bimbang jika berdepan dengan kesukaran kewangan untuk menyediakan bayaran pendahuluan kerana UEM Sunrise dengan kerjasama Malayan Banking Bhd (Maybank) melalui skim “HouzKEY” sebagai inovasi sewa beli hartanah (RTO).

Untuk keterangan lanjut mengenai kediaman yang indah dan memukai ini, hubungi 1800 888 008 atau layari sereneheights.com.my

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…